ini adalah blog bebas~

ini adalah blog bebas~
~chan <3 <3

Friday, December 2, 2016

forever alone

Kehilangan baby 7 bulan lepas masih buat aku sedih..sampi hari ni masih susah nak tidur malam..suami..?suami tak banyak membantu sangat..another one thing yang buat aku sedih..ditinggalkan suami saat aku bertarung dengan perasaan aku ni..

ya allah..memang berat ujian ni..husband pergi tinggalkan aku tanggal 28 julai 2016..aku tak tahu kenapa dia sanggup buat keputusan macam tu saat aku sangat-sangat perlukan dia..aku belum bersedia untuk hadapi semua ni seorang diri..

aku masih meratapi kehilangan anak dan dia berhijrah ke negeri lain secara mendadak..aku hilang tempat bergantung..takde kawan..takde siapa yang nak dengar masalah aku..aku depression selama berbulan-bulan tapi dia tak mampu pun nak ada di samping aku..

suami dapat kerja baru di negeri lain..gaji boleh tahan, jawatan lebih tinggi junior account executive..tapi aku tak jangkakan kami akan pjj secepat ini..aku sangat berharap di ada di sisi saat aku perlukan dia..tapi dia buat keputusan sendiri tanpa bincang dengan aku dulu..aku ditinggalkan terkontang kanting..

hari-hari aku tak seindah orang lain.banyak habiskan masa terluang dengan menangis berjam-jam..kurung diri dalam bilik..mundar mandir di ruang tamu macam orang gila..aku takde kawan, tak bersosial..banyak dok dalam gelap je..aku tak suka cahaya..dan aku rasa orang sekeliling memang tak suka aku..

hidup macam neraka..aku memang depress sangat-sangat..takde siapa yang nak dengar aku..aku selalu tak tidur malam berhari-hari, berbulan-bulan..tidur cuma di siang hari..aku perlukan sokongan di sisi tapi takde siapa sudi dengar..aku selalu terbangun dari tidur tiba-tiba rasa sedih..dan kerap menagis dan meraung tiba-tiba..aku rasa aku akan gila..

aku cuma dapat jumpa suami sebulan sekali..tiap kali jumpa aku terpaksa tidur di rumah mertua sebab suami tinggal dengan mertua di sana..sungguh aku tak selesa..jiwa aku meronta..hubungan aku tak baik dengan mertua sebelum ni..dengan keadaan aku macam ni memang susahkan aku nak bina hubungan baik dengan mereka..

rumah mertua cuma ada 2 bilik..1 untuk adik ipar lelaki dan 1 untuk adik ipar perempuan..tiap kali balik aku dibiarkan tidur dengan suami di ruang tamu..sampai aku terpaksa tukar baju kat dapur tepi meja makan..aku pelik nape mak taknak suruh adik yang laki tu tidur luar..dia dah 25..macam mana dengan aurat aku waktu tidur..sungguh aku tak faham..aku banyak kali cakap kat suami aku tak selesa..kenapa tak bagi aku pinjam sekejap bilik..lagipun aku balik sana jarang-jarang..balik pun 3,4 hari jer..hmmm

kini hampir sebulan lebih tak jumpa..last jumpa 24hb oktober lepas..tu pun aku ajak suami tidur hotel..taknak tidur sana..kali ni lagi susah nak jumpa..mesej pon malam je..tu pun sekejap sebab suami kene tidur awal..aku sunyi sangat..time tak kerja aku cuma kat rumah buang masa..tengok facebook..keluar masuk bilik..sebelum ni kadang-kadang aku keluar habiskan duit..tapi sekarang aku takde hati dah..duit pun selalu tak cukup..aku still kene bayar macam-macam walaupun suami kerja..

suami tinggalkan aku sebab nak gaji lagi besar, nak kumpul duit kononnya..nak lari dari kos hidup yang tinggi kat kl..tapi dia korbankan kebahagiaan kami..aku tak suka keadaan macam ni..dulu gaji dia kecik tapi kami dok sama-sama, susah senang sama-sama..sekarang masa untuk aku pun dia takde..keje selalu balik lambat outstation jumpa client merata-rata..masa nak mesej pun tak banyak...

aku selalu marahkan dia..salahkan dia sebab nak cari duit hubungn kami macam ni..aku takpun merasa senang..still abis duet bayar loan, kete, moto, sewa rumah dan makan sendiri..tak banyak beza dari sebelum dia tukar kerja..yang beza kami makin jauh sebab dia tinggalkan aku..ni semua salah dia..aku tak sanggup lagi macam ni

aku dah mintak transfer bulan 8 lepas..tapi belum dapat..mintak negeri kampung tempat tinggal suami sekarang..hakikatnya aku taknak pindah sana..aku nk tinggal dengan suami..tapi aku benci dan nyampah nak tinggal sana..aku nak kami jauh dari keluarga dia..kenapa dia tak pernah nak faham perasaan aku..takde orang nak kawan dengan aku kat sini..dia satu-satunya bestfriend aku selama ni..

aku sunyi...aku takde tempat mengadu..mesej dengan dia banyak sakitkan hati..aku banyak makan hati, menangis...aku rasa bodoh dan tak guna..kat tempat kerja pun dah tak seronok macam HKL..sini semua macam tak suka aku..aku banyak tidur siang time tak kerja..malam habiskan masa main game..aku dah tak masak macam dulu..aku mula merokok..sungguh hidup aku dah berubah 360 darjah..aku ada major depression..tapi takde siapa nak tolong aku...

aku stress...aku sunyi...aku sakit hati..aku rasa nak berpisah dengan suami..aku nak mula hidup baru..aku boleh mula keluar dengan lelaki lain..tapi aku sayang dan cintakan suami aku..duit aku dah banyak habiskan untuk dia..dia belum pun bayar balik semua tu..aku jadi sakit hati...aku takleh move on...tak tahu nak buat ape..perasaan tu bercampur-campur...

kadang aku fikir lebih baik aku mati..aku tanak hadapi semua ni..aku pernah fikir nak terjun bangunan, nak telan ubat..tapi akal fikiran waras aku datang dan aku jadi takut..sunguh aku rasa aku akan gila..aku kerap maki suami..marah-marah sebab dia takde untuk aku, tak faham aku..aku stress...

kenapa takde siapa yang faham aku...aku takleh hidup macam ni lama-lama...aku harap baik aku mati je dari lama-lama macam ni...aku hilang anak..aku jauh dari keluarga..aku hilang duit barang kemas..aku mungkin akan hilang suami....hmmmmm

Wednesday, November 16, 2016

kelahiran dan kehilangan nur ifti lyana

Sedih kalau nak imbas balik detik itu..Tanggal 12/4/16 aku elective admission ke Hospital Ampang untuk induce..9 hari overdue..still takde sign labour..no contraction, no show..everything was perfect..baby gerak ok..admit jam 2 petang..dari PAC lepas masuk branula wat Vaginal Examination os langsung tak buka..ultrasound pun buat..baby perfectly engaged tapi entah kenapa belum mahu keluar..

Naluri ibu tak pernah salah..During CTG beberapa kali bacaan decelerate..aku tak sedap hati,,tapi jururawat masyarakat yang check masa tu sebab baby pusing..aku pun ikut sahaja..sebab aku takde pengetahuan dalam gynae and obstetric..dia suruh aku pusing beberapa kali sampai bacaan ok dan dia cakap takde masalah..so proceed ke wad..

Aku ditempatkan di bilik kelas 2 yakni 4 katil..kebetulan member 1 wad admit masa 2..dia post emlscs sebab fetal distress..baby boy selamat 2.6kg..comel kecik je..suka tengok dia..tapi aku still berdebar tunggu turn..aku solat dan baring tapi tak boleh lelap..jam 5 specialist datang review check os still tak buka..so dia cakap dan proceed induce keesokan hari..jam 6 petang husband datang teman dinner dan give encouragement kak aku..dalam hati tuhan saja yang tahu betapa aku takut..jam 6 itu juga pesakit depan aku yang induce sakit nak melahirkan..tengok dia disorong ke labour room buat aku lagi cuak..

10 malam nurse check fetal heart beat dan vital sign..semua ok..lepas solat insyak dan solat hajat aku baringkan badan..cuba untuk tidur..pesakit tadi masih belum balik ke katil..masih belum bersalin..aku pejamkan mata dan lelap..jam 3 pagi nurse datang kejutkan suh makan dan minum sebab nak check CTG..ak tunggu sampai 5 pagi masih belum datang..aku tak perasan baby aku gerak ok ke tak masa tu..jam 5.30 nurse attach CTG kat perut..

Ada degupan jantung tap irregular..dari kuat makin slow..aku mula risau..tapi nurse tinggalkan aku..bunyi degupan jantung baby makin hilang..aku macam nak menangis..nurse datang balik dan suruh aku pusing-pusing..degupan ada lagi dan dari kuat jadi slow balik..aku ditinggalkan jugak..hampir pukul 6 nurse lain datang dan tengok degupan makin slow sambil berlari-lari..aku confuse..aku ibu muda anak sulung yang takde pengalaman..bila nurse cakap bunyi hilang-hilang sebab baby pusing aku percaya saja..bodohnya..kalau aku tahu dah lama aku jerit panggil nurse..

Nurse berlari-lari datang tengok dan panggil other senior staff..aku tanya kenapa takde orang explain..tak lama lepas tu datang houseman dan MO dan pecahkan ketuban.. ternyata baby dah berak dalam perut..ketuban dah hijau..badan aku mengigil..doctor check os 3cm..aku disorong ke labour room untuk observe dan tunggu baby lahir..that is not the wise decision..mana mungkin untuk svd sedangkan os tak fully bukak..aku tak mampu buat apa-apa..aku dalam terkejut dan sakit contraction yang tiba-tiba datang lepas pecah ketuban..aku mungkin di operate..badan mengigil makin kuat tak tertahan..serius aku memang fikir akan kehilangan nyawa aku dan baby..

Aku ditinggalkan di labour room keseorangan..aku monitr sendiri CTG..aku sangat takut lidah aku kelu..bila degupan jantung baby stop tiada sorang pun nurse disisi..ak menjerit panggil sister..aku menangis..suami smpai pukul 6 lepas aku mesej..aku disorong ke dewan bedah hampir jam 7 kalau tak silap..aku dibius separuh..cuma terdengar doctor bercakap-cakap..aku rasa kesan ubat bius merasuk aku..aku high..mulut tak henti-henti berbunyi..subhanaka inni kuntu minazzolimin...seperti kerasukan kepala aku ke kiri dan kanan sambil mulut kumat kamit baca..aku sungguh takut..

Terdengar tangisan baby tak pasti jam berapa hati sedikit lega..aku cuba pejamkan mata..aku ingat semua dah selesai..tiba-tiba terdengar suara doctor menyatakan baby dihantar ke NICU..Allah...pulang ke wad aku tak seperti ibu-ibu lain..terbaring tanpa baby di sisi..kesan bius mula hilang, kesakitan mula menyengat..suami ke NICU melihat baby..aku pandang sekeliling terdengar suara ibu-ibu dan tangisan bayi mereka..air mata mengalir..entah bagaimana bayiku di sana..

Aku lahirkan bayi perempuan normal berat 3.20kg 13/4/16 secara emergency caeser due to fetal distress..dimasukkan ke NICU  sebab severe MAS iaitu dah banyak berak dalam perut dan termakan najis sendiri sehingga masuk dalam paru-paru..ya aku masih ingat semasa pecah ketuban aku sendiri lihat air ketuban hijau dan pekat..aku kesal sebenarnya kenapa aku lambat disorong ke bilik bedah? kenapa aku di letakkan di labour room sedangkan ketuban sudah hijau pekat..bukan menidakkan takdir tapi tindakan pantas mungkin boleh masih menyelamatkan nyawa...

Aku tidak merasai pengalaman ibu-ibu lain..tak sempat pon peluk baby dan susukan dia..hanya boleh sentuh dan belai dari sisi...bayiku rambut lebat, kulit putih..jarinya runcing dan panjang ikut suami..dipendekkan cerita...perginya puteri hati kami yang di tunggu-tunggu selama hampir 10 bulan pada tanggal 18/4/16 iaitu 5 hari selepas dilahirkan..sebenarnya banyak yang aku kesali dari peristiwa ini..bayi yang sempurna cukup sifat tiada cacat celanya pergi begitu saja..aku sebagai jururawat berhadapan situasi ini di mana kehilangan anak sendiri di institusi di mana aku bekerja..sehingga ke hari ini aku masih kerja di hospital yang sama di mana anakku meninggal..aku depression dalam 6 bulan ni..insomnia hampir 7 bulan..tuhan saja yang tahu..masih panjang ceritanya..banyak yang aku skip...mungkin aku akan cerita di entry lain..bad experience for 27 years old 1st time mother during hospitalized and post partum..semoga anak ibu bahagia di sana..semoga dapat bersatu dengan ibu dan ayah di akhirat kelak dengan izin-Nya...Amin...

Wednesday, August 17, 2016

debaran tunggu kelahiran

Sebenarnya aku sangat sedih nak ceritakan tentang anak syurga kami. Tapi kita tak boleh lari dari kenyataan dan menidakkan kuasa Allah. Allah dah rancang sebaiknya. Tapi tipulah kalau aku cakap aku tak rasa kesal dan kecewa.

Masa awal kandungan kami dah beria-ia cari nama baby. Masa tu kami dah sediakan 2 nama 1 untuk baby girl 1 untuk boy. Naluri aku kuat mengatakan baby first ni perempuan. Tapi aku tahu Mr.A nak anak lelaki. Aku pun sama memang nak yang 1st boy. Bila orang tanya cepat-cepat dia jawab boy. Tapi hati lagi kuat cakap girl.

Masa 5 bulan pegi scan 2x doktor cakap girl. Aku pun dah yakin masa tu. Mr.A pun cakap ok la terima jer dan berdoa asal sihat dan cukup sifat. Walaupun doktor dah cakap girl kami masih was-was sebenarnya. Takut-takut keluar boy sebab banyak jadi kes sebelum ni. Barang baby ak bli kaler yang selamat la. kuar shopping hati menjerit-jerit nak barang kaler pink. Suami gelak jer.

Sepanjang mengandung aku memang takde masalah kencing ke gula ke darah tinggi ke. Memang everything is perfect. Baby pun aktif sangat sampai senget perut aku dibuatnya. Nak duduk tegak memang tak boleh sebab aku pendek dan baby terlalu besar untuk aku 3.4kg masa tu anggaran. Memang aku takde penat dah bila hujung-hujung tu. Memang bersedia dah nak ada baby.

Dah nak dekat due aku asyik mimpi aku bersalin dan nyusukan baby. Memang banyak kali aku mimpi benda yang sama. Dalam mimpi tu aku cium-cium belai-belai baby. Pastu sonok susukan dia. Aku bangun memang rasa takut tambahan tengah tunggu hari. Aku cerita kat suami. Orang kata kalau kita mimpi kita dapat sesuatu or jumpa orang kita takkan dapat benda tu. Tapi suami senyum dan cakap mengarut.

Hari berganti hari tak jugak aku bersalin. Dah naik turun tangga, berjalan kat taman still takde tanda. Aku plak dapat transfer ke Hospital lain masa tu. Masih dipaksa bekerja walaupun dah overdue..


Monday, August 8, 2016

hamil anak pertama

Berita kehamilan sangat buat aku happy. Walaupun tak menunggu lama untuk mengandung tapi aku ni jenis orang tak sabar.Hahaha. Aku bersyukur sangat. Aku dapat detect mengandung awal sebenarnya seawal 4 minggu. Pada mulanya sekadar bergurau. Pada hari raya pertama 2015 beraya di kl dengan suami. Teringin nak makan asam laksa.

Dengan berbaju raya lepak di Old Town. Bila dah sampai aku cakap kat suami banyaknya nenas. Tanak makan la manatau mengandung. Tapi habis cakap aku terus ngap. Tanpa fikir apa-apa makan sampai habis.

Balik kampung raya ke 4. Selepas kenduri pergi berjalan rumah kawan seberang jalan terliur betul tengok buah mangga depan rumah dia. Suami dia tolong ambilkan. 10 biji habis aku makan. Tak syak pape pun sebab aku memang gila mangga. Esoknya pergi lagi dan makan 10 biji lagi. Selalu aku tak tahan ngilu. Tapi taktau nape boleh habis..huhu

Oh sebelum raya tu Mr.A ada bercerita tak pasti cerita apa. Tapi aku sungguh-sungguh menangis. Tak sedar diri jadi sensitif betul. Itulah tanda paling awal aku mengandung yang aku tak sedar sebelumnya.

Sambung cerita aku lepas kenduri tu, aku teringat aku belum period untuk bulan 7. Aku memang gigih guna apps calendar kat handphone sebab memang niat untuk TTC. Sebenarnya baru lewat 4 hari tapi macam suspen jugak la. Nak happy ada berdebar pun ada. Tapi mengharap la kan. Then mintak kit UPT nan akak aku yang sulung nak check sebab memang dah suspek betul-betul lekat.

Alhamdulillah bila check 2 line timbul. Aku sangat happy terus bagitau Mr.A. Masa tu dia dah selamat balik rumah mertua sebab nak cover line memandangkan mertua belum tahu kami dah kahwin on february. So cerita dalam phone jelah. Tak nampak pun dia excited masa tu sebab tak gitau depan-depan.

Aku bagi hint kat mama da pregnant petang tu. Cakap kat mama belum datang bulan. Tapi mama jawab baik makan ubat cepat-cepat kalau tak bersedia sebab suami masih belum kerja. Aku diam jer. Aku memang niat nak baby ni. Aku tau mama risau dengan keadaan ekonomi kami yang belum stabil tapi dah nak dapat anak. Aku diamkan jer sampai bali kl dan tunggu sampai kandungan 3 bulan. Masa tu mama call tanya jadi ke pregnant baru aku jawab yer dan gitau da 3 bulan. Mama ok jer. Aku mula cerita kat kakak-kakak pasal aku mengandung masa nak masuk 4 bulan.

Dari awal kehamilan aku takde sebarang alahan. Apa yang dapat aku katakan anak ni takde bagi aku sebarang masalah pun selama kandungkan dia. Takde mengidam pelik-pelik. Cuma rasa letih dan makan tak berhenti-henti. Dalam sehari 4x makan nasi. Selama kandungkan dia memang bahagia. Aku dah takde marah-marah suami rasanya. Dah takde gaduh. Memang rasa kandungan ni satu kebaikan buat kami.

Pergi kerja pun takde masalah. BUlan 10 2015 suami mula kerja lepas aku lecture dia cukup-cukup. Masa 2 aku terpaksa pergi kerja naik lrt sebab suami kerja shif so dah tak dapat hantar dan ambil macam selalu. Setiap hari rutin sama pergi dan balik kerja naik lrt dan malam baru ada masa bersama. Aku ni jenis excited lebih masa perut belum nampak kalut duk tanya nampak gemuk ke tak, nampak macam pregnant ke tak. Suami senyum jer.

Pergi TCA suami akan hantar aku dan akan terus pergi kerja. So aku akan balik sendiri naik teksi. Aku tak rasa sedih pun check up seorang diri sebab memang lama kene tunggu. Suami pun kene kerja. Tapi memang ada keinginan nak suami teman tu. Tapi takde masa sebenarnya. Aku tak kisah pun.

Masuk bulan ke 6 perut da makin besar. So da tak larat naik lrt. Terpaksa la suami hantar dan ambil dari kerja balik. Masa tu suami ada masalah kat tempat kerja sebab orang tak bayar gaji. DUgaan la kejap asyik takde duit jer. Kandungan sihat dan aktif. Walaupun makan tak tentu masa. SYUKur anak aku memang kuat sebenarnya.

Bulan berganti, 7 bulan, 8 bulan. Dah 8 bulan tu rasa makin takut dan berdebar. Baju baby pon dah start beli, alatan mandi, pampers, kain lampin semua. Akak pun dah bagi banyak baju baby sebenarnya dengan tilam sekali. Makin tak larat nak pergi kerja. Kerja pun malas-malas la. Maklum la kerja nurse banyak berjalan.

Pastu tiba la dugaan aku yang pertama sebab kandungan besar sangat dah start tekan saraf sciatic aku kat paha sampai tak boleh jalan. Nak pusing kiri kanan pun sakit. Nak bangun seksanya. Memang menangis la kalau kene ni. Masa tu Mr.A layan macam princess la.Nak gerak pun dia dukung. Masuk toilet, masuk bilik. Even nak kencing pun tak boleh tunduk bukak seluar sendiri. Mr.A la yang tolong sampai aku ok.

Dan hari-hari pun berlalu menunggu saat kelahiran bayi yang kami tunggu-tunggu...






Saturday, August 6, 2016

comeback: perkahwinan

Dear diary,

Dua tahun tidak menulis seakan sudah lupa kewujudan laman ini. Tempat aku mencurah rasa mengadu nasib..its called diversional therapy. Sebenarnya tahun-tahun kebelakangan ini lebih hebat dugaan aku hadapi. Ada gembira, ada duka.Kali terakhir menulis 2013 memang sudah lama. Mungkin kerana aku bahagia sampai tiada masa meratap nasib.

2014 aku masih bersama Mr.A pujaan hati. Insan tercinta yang banyak mengajar aku tentang hidup. Seperti kebiasaan memang setiap hari berjumpa. kalau sehari tidak berjumpa adalah menyeksa jiwa dan raga. Itu bagi aku, tidak pasti pula bagi dia. Berjumpa lepak di kedai mamak sehingga lewat malam, keluar makan, karaoke, tengok wayang memang rutin setiap minggu berganti minggu. Port Dickson juga menjadi destinasi utama percutian, banana boat, McD tepi laut, Corus, Starbucks, itu semua memori yang indah. Malah PD seakan rumah kedua. Setiap bulan memang akan bercuti dengan ditemani kawan-kawan dia. Indahnya bercinta. Yer ketika aku masih kaya.

Awal 2015, kami ambil keputusan untuk berkahwin walaupun dia masih belajar. Semua urusan kami selesaikan berdua sahaja. Awalnya menjadi masalah kerana abah sudah bercerai dengan mama dan amat sukar untuk didekati. Abah memang mengelak untuk berjumpa kami adik beradik. Januari aku tebalkan muka balik kampung bagitau mama aku nak kahwin. Terus pergi cari tok kadi dan ambil borang kahwin.

Aku pergi jumpa abah ditemani mama. Berkali-kali aku bagi salam tapi abah tetap tak jawab. Sedihnya aku hampir menangis tapi ku tahan. Selepas berapa lama tunggu aku nekad masuk ke rumahnya. Abah buat-buat menonton tv. Aku capai tangan abah untuk bersalam tapi abah tepis. Bercucuran air mata aku. Aku mitak maaf tapi abah sekadar memndang tv. Aku cakap aku nak kahwin tapi abah membisu. Aku capai lagi tangan abah, abah bingkas bangun dan keluar rumah. Degilnya abah. kami balik dengan hampa dan terus berjumpa tok imam dan cerita masalah kami. tok imam sedia membantu memujuk abah. Alhamdulillah dengan izin Allah tok imam berjaya mintak tanda tangan abah selaku wali.

6 Febuari kami disatukan dalam majlis serba sederhana. Alhamdulillah Mr.A selamat menjadi suami aku yang sah. Yer suami aku. Aku memang bersyukur. Hanya sekadar majlis akad nikah dan tahlil serta hantaran senaskhah Al-quran. Ditemani keluarga belah aku dan dia pula ditemani 2 sahabat. dan yer seorang pun ahli keluarganya tak hadir majlis kami. It is saddening but it is my big day what. Namun aku tetap gembira kerana mama dan adik beradik merestui perkahwinan ini. Sebenarnya mak mertua tidak tahu tentang perkahwinan ini. Apa sebabnya mungkin aku akan cerita lain kali. kalau diceritakan memang panjang. Tak lupa aku juga pernah burn duit deposit pelamin rm2000 gara-gara kami tak jadi kahwin pada mulanya.

Selepas kahwin kami menyewa di flat 10 tingkat 3 bilik di Pandan Indah yang serba sederhana dengan sewa rm1200 sebulan. Dia di semester akhir ijazah. Masih belum bekerja. Bukan mahu membangga tapi keseluruhan perbelanjaan rumah aku yang tanggung. Amat membebankan sebenarnya tapi itu pilihan aku. Tak sabar sangat nak kahwin. Takut melepas sebenarnya. Menyewa kongsi bayar bersama 2 kawan Mr.A. Setiap hari dia hantar dan ambil aku dari kerja.

Hidup bersama selepas kahwin amat membahagiakan. Dapat tengok wajah dia sebelum tidur dan bangun pun boleh tengok..hehehe.. Tapi makin lama aku makin tidak selesa menyewa bersama kawan lelaki. Aku suarakan hasrat aku untuk pindah. Tapi Mr.A tak mahu pindah sebab kami belum mampu. Aku menyampah sebenarnya dengan kawan dia sebab tidak bekerja. Bila aku balik kerja dia sentiasa terbujur tidur di ruang tamu. Amat merimaskan kerana pergerakan dan aurat aku terbatas.

Julai 2015 aku disahkan hamil. Alhamdulillah allah makbulkan doa aku. Usaha kami untuk mengandung berhasil. Di awal kahwin lagi sebenarnya aku terlalu inginkan anak. Jeles sebenarnya tengok kawan-kawan dah mengandung dan ada anak. Rezeki kami bulan ramadhan setelah 5 bulan kahwin. Balik raya puasa aku tak ingat tarikhnya tak sedar rupanya sudah mengandung. Aku makan nenas dan angkat barang-barang berat.nasib tak jadi pape. Tambahan raya ke 4 majlis kahwin kami dan adik lelaki aku diadakan serentak. 

Dah mengandung Allah makbulkan 1 lagi doa aku. Akhirnya kami pindah ke rumah baru ketika mengandung 3 bulan. Dengan berbekalkan duit yang aku keluarkan dari kwsp dapatla bayar deposit rm3300 untuk flat tingkat 4. Memang mahal sewa rm1000 sebulan tapi itu yang paling murah yang kami dapat. Suami dah habis belajar ketika ini tapi masih belum kerja. Di situ bermula lah suka duka hidup yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.


kerja kahwin

Patutnya aku da lama update draft ni. sebenarnya nak cerita yang kami dah kursus kahwin dan tengah buat persiapan kahwin. tah macam mana aku lupa nak update balik..hahaha..pegi sana sini dah selesai sume..

Monday, July 1, 2013

Alhamdulillah

Dear diary,

Assalamualaikum..
Pertamanya aku ingin mengucap syukur ke hadrat ilahi kerana memberikan aku kehidupan yang aku kecapi hari ini
Alhamdulillah aku dan mr.A bertahan smpai ke hari ini..
Kali ni hubungan kami bertahan lama..
Dah setahun lebih..
Macam sekejap je tapi sebenarnya lama..
Untuk sampai ke tahap ni macam-macam yang perlu ditempuhi..
Bergaduh tu boleh dikatakan setiap hari..
Puncanya? Mestila bermula dari aku..huhu..
Tak tahu la sampai ke hari ni aku tak boleh ubah perangai aku yang satu tu..
Perangai cepat terasa, cepat nak marah..
Biasa la orang perempuan ni mudah melatah..
Dan mr.A tetap dengan sifat macho dan cool beliau..
Tetap tenang walau dimarahi dan didatangi dengn caci maki dari aku..
Sesekali naik juga darah dia melayan kerenah aku yang entah apa-apa ni..
Tapi marahnya tak lama dan dia bijak menangani kemarahan aku..
Alhamdulillah..dia sudah banyak berubah demi aku dan demi perhubungan kami..
Dia semakin faham perangai aku dan apa yang aku nak..
Boleh dikatakan hampir semua yang aku nak dia bagi..
Biarlah dia tak dapat mewahkan aku dengan harta benda tapi segala kasih sayang dan keprihatinan yang dia curahkan tu sudah cukup buat aku bahagia..
Terima kasih abg..
Kami dah banyak kuangkan masa bersama..
Berbicara dari hati ke hati tentang masa depan kami..
Alhamdulillah dia boleh terima teguran aku dengan baik..
Dan dari teguran tu dia cuba berubah..
Aku tidak mengharapkan dia berubah sepenuhnya untuk aku..
Tapi cukuplah dengan yang ada sekarang..
Tapi bila berbicara tentang perkahwinan aku tetap kecewa..
Kerana dia tetap tidak memberikan respon yang aku harapkan..
Memang belum tiba masanya..
Aku faham dia harus membina kerjaya yang stabil sebelum membina sebuah keluarga..
Anak sulung banyak tanggungjawab..hmm..
Setiap kali di ajak berkahwin dia hanya terdiam dan merenung jauh..
Memberi jawapan sekadar menyedapkan hati..
Jawapan yang aku boleh anggap srkadar main-main kerana tidak ingin menjawab pertanyaan aku..
Dan ternyata aku kecewa setiap ksli berbicara tentang itu..
Tapi aku tetap bersyukur..
Alhamdulillah..aku berdoa semoga perhubungan kami berpanjangan sehingga jinjang pelamin..
Aku ingin sentiasa berada di sampingnya dengan hubungan yang halal..
Menatap wajahnya sebelum pejamkan mata..
Dan bila bangun wajahnya yang pertama aku pandang..
Aku sangat menyintainya..
Aku bersyukur bertemu dengan insan sebaik dia..
Dan aku tinggalkan sejarah hitam kami di masa lalu..
Aku mahu melupakan semua itu..
Kerana kasih sayang yang kami bina sekarang amat kuat dan tak dapat dipisahkan lagi...
Alhamdulillah...