ini adalah blog bebas~

ini adalah blog bebas~
~chan <3 <3

Friday, December 2, 2016

forever alone

Kehilangan baby 7 bulan lepas masih buat aku sedih..sampi hari ni masih susah nak tidur malam..suami..?suami tak banyak membantu sangat..another one thing yang buat aku sedih..ditinggalkan suami saat aku bertarung dengan perasaan aku ni..

ya allah..memang berat ujian ni..husband pergi tinggalkan aku tanggal 28 julai 2016..aku tak tahu kenapa dia sanggup buat keputusan macam tu saat aku sangat-sangat perlukan dia..aku belum bersedia untuk hadapi semua ni seorang diri..

aku masih meratapi kehilangan anak dan dia berhijrah ke negeri lain secara mendadak..aku hilang tempat bergantung..takde kawan..takde siapa yang nak dengar masalah aku..aku depression selama berbulan-bulan tapi dia tak mampu pun nak ada di samping aku..

suami dapat kerja baru di negeri lain..gaji boleh tahan, jawatan lebih tinggi junior account executive..tapi aku tak jangkakan kami akan pjj secepat ini..aku sangat berharap di ada di sisi saat aku perlukan dia..tapi dia buat keputusan sendiri tanpa bincang dengan aku dulu..aku ditinggalkan terkontang kanting..

hari-hari aku tak seindah orang lain.banyak habiskan masa terluang dengan menangis berjam-jam..kurung diri dalam bilik..mundar mandir di ruang tamu macam orang gila..aku takde kawan, tak bersosial..banyak dok dalam gelap je..aku tak suka cahaya..dan aku rasa orang sekeliling memang tak suka aku..

hidup macam neraka..aku memang depress sangat-sangat..takde siapa yang nak dengar aku..aku selalu tak tidur malam berhari-hari, berbulan-bulan..tidur cuma di siang hari..aku perlukan sokongan di sisi tapi takde siapa sudi dengar..aku selalu terbangun dari tidur tiba-tiba rasa sedih..dan kerap menagis dan meraung tiba-tiba..aku rasa aku akan gila..

aku cuma dapat jumpa suami sebulan sekali..tiap kali jumpa aku terpaksa tidur di rumah mertua sebab suami tinggal dengan mertua di sana..sungguh aku tak selesa..jiwa aku meronta..hubungan aku tak baik dengan mertua sebelum ni..dengan keadaan aku macam ni memang susahkan aku nak bina hubungan baik dengan mereka..

rumah mertua cuma ada 2 bilik..1 untuk adik ipar lelaki dan 1 untuk adik ipar perempuan..tiap kali balik aku dibiarkan tidur dengan suami di ruang tamu..sampai aku terpaksa tukar baju kat dapur tepi meja makan..aku pelik nape mak taknak suruh adik yang laki tu tidur luar..dia dah 25..macam mana dengan aurat aku waktu tidur..sungguh aku tak faham..aku banyak kali cakap kat suami aku tak selesa..kenapa tak bagi aku pinjam sekejap bilik..lagipun aku balik sana jarang-jarang..balik pun 3,4 hari jer..hmmm

kini hampir sebulan lebih tak jumpa..last jumpa 24hb oktober lepas..tu pun aku ajak suami tidur hotel..taknak tidur sana..kali ni lagi susah nak jumpa..mesej pon malam je..tu pun sekejap sebab suami kene tidur awal..aku sunyi sangat..time tak kerja aku cuma kat rumah buang masa..tengok facebook..keluar masuk bilik..sebelum ni kadang-kadang aku keluar habiskan duit..tapi sekarang aku takde hati dah..duit pun selalu tak cukup..aku still kene bayar macam-macam walaupun suami kerja..

suami tinggalkan aku sebab nak gaji lagi besar, nak kumpul duit kononnya..nak lari dari kos hidup yang tinggi kat kl..tapi dia korbankan kebahagiaan kami..aku tak suka keadaan macam ni..dulu gaji dia kecik tapi kami dok sama-sama, susah senang sama-sama..sekarang masa untuk aku pun dia takde..keje selalu balik lambat outstation jumpa client merata-rata..masa nak mesej pun tak banyak...

aku selalu marahkan dia..salahkan dia sebab nak cari duit hubungn kami macam ni..aku takpun merasa senang..still abis duet bayar loan, kete, moto, sewa rumah dan makan sendiri..tak banyak beza dari sebelum dia tukar kerja..yang beza kami makin jauh sebab dia tinggalkan aku..ni semua salah dia..aku tak sanggup lagi macam ni

aku dah mintak transfer bulan 8 lepas..tapi belum dapat..mintak negeri kampung tempat tinggal suami sekarang..hakikatnya aku taknak pindah sana..aku nk tinggal dengan suami..tapi aku benci dan nyampah nak tinggal sana..aku nak kami jauh dari keluarga dia..kenapa dia tak pernah nak faham perasaan aku..takde orang nak kawan dengan aku kat sini..dia satu-satunya bestfriend aku selama ni..

aku sunyi...aku takde tempat mengadu..mesej dengan dia banyak sakitkan hati..aku banyak makan hati, menangis...aku rasa bodoh dan tak guna..kat tempat kerja pun dah tak seronok macam HKL..sini semua macam tak suka aku..aku banyak tidur siang time tak kerja..malam habiskan masa main game..aku dah tak masak macam dulu..aku mula merokok..sungguh hidup aku dah berubah 360 darjah..aku ada major depression..tapi takde siapa nak tolong aku...

aku stress...aku sunyi...aku sakit hati..aku rasa nak berpisah dengan suami..aku nak mula hidup baru..aku boleh mula keluar dengan lelaki lain..tapi aku sayang dan cintakan suami aku..duit aku dah banyak habiskan untuk dia..dia belum pun bayar balik semua tu..aku jadi sakit hati...aku takleh move on...tak tahu nak buat ape..perasaan tu bercampur-campur...

kadang aku fikir lebih baik aku mati..aku tanak hadapi semua ni..aku pernah fikir nak terjun bangunan, nak telan ubat..tapi akal fikiran waras aku datang dan aku jadi takut..sunguh aku rasa aku akan gila..aku kerap maki suami..marah-marah sebab dia takde untuk aku, tak faham aku..aku stress...

kenapa takde siapa yang faham aku...aku takleh hidup macam ni lama-lama...aku harap baik aku mati je dari lama-lama macam ni...aku hilang anak..aku jauh dari keluarga..aku hilang duit barang kemas..aku mungkin akan hilang suami....hmmmmm

No comments:

Post a Comment