ini adalah blog bebas~

ini adalah blog bebas~
~chan <3 <3

Monday, July 1, 2013

Alhamdulillah

Dear diary,

Assalamualaikum..
Pertamanya aku ingin mengucap syukur ke hadrat ilahi kerana memberikan aku kehidupan yang aku kecapi hari ini
Alhamdulillah aku dan mr.A bertahan smpai ke hari ini..
Kali ni hubungan kami bertahan lama..
Dah setahun lebih..
Macam sekejap je tapi sebenarnya lama..
Untuk sampai ke tahap ni macam-macam yang perlu ditempuhi..
Bergaduh tu boleh dikatakan setiap hari..
Puncanya? Mestila bermula dari aku..huhu..
Tak tahu la sampai ke hari ni aku tak boleh ubah perangai aku yang satu tu..
Perangai cepat terasa, cepat nak marah..
Biasa la orang perempuan ni mudah melatah..
Dan mr.A tetap dengan sifat macho dan cool beliau..
Tetap tenang walau dimarahi dan didatangi dengn caci maki dari aku..
Sesekali naik juga darah dia melayan kerenah aku yang entah apa-apa ni..
Tapi marahnya tak lama dan dia bijak menangani kemarahan aku..
Alhamdulillah..dia sudah banyak berubah demi aku dan demi perhubungan kami..
Dia semakin faham perangai aku dan apa yang aku nak..
Boleh dikatakan hampir semua yang aku nak dia bagi..
Biarlah dia tak dapat mewahkan aku dengan harta benda tapi segala kasih sayang dan keprihatinan yang dia curahkan tu sudah cukup buat aku bahagia..
Terima kasih abg..
Kami dah banyak kuangkan masa bersama..
Berbicara dari hati ke hati tentang masa depan kami..
Alhamdulillah dia boleh terima teguran aku dengan baik..
Dan dari teguran tu dia cuba berubah..
Aku tidak mengharapkan dia berubah sepenuhnya untuk aku..
Tapi cukuplah dengan yang ada sekarang..
Tapi bila berbicara tentang perkahwinan aku tetap kecewa..
Kerana dia tetap tidak memberikan respon yang aku harapkan..
Memang belum tiba masanya..
Aku faham dia harus membina kerjaya yang stabil sebelum membina sebuah keluarga..
Anak sulung banyak tanggungjawab..hmm..
Setiap kali di ajak berkahwin dia hanya terdiam dan merenung jauh..
Memberi jawapan sekadar menyedapkan hati..
Jawapan yang aku boleh anggap srkadar main-main kerana tidak ingin menjawab pertanyaan aku..
Dan ternyata aku kecewa setiap ksli berbicara tentang itu..
Tapi aku tetap bersyukur..
Alhamdulillah..aku berdoa semoga perhubungan kami berpanjangan sehingga jinjang pelamin..
Aku ingin sentiasa berada di sampingnya dengan hubungan yang halal..
Menatap wajahnya sebelum pejamkan mata..
Dan bila bangun wajahnya yang pertama aku pandang..
Aku sangat menyintainya..
Aku bersyukur bertemu dengan insan sebaik dia..
Dan aku tinggalkan sejarah hitam kami di masa lalu..
Aku mahu melupakan semua itu..
Kerana kasih sayang yang kami bina sekarang amat kuat dan tak dapat dipisahkan lagi...
Alhamdulillah...