ini adalah blog bebas~

ini adalah blog bebas~
~chan <3 <3

Monday, July 1, 2013

Alhamdulillah

Dear diary,

Assalamualaikum..
Pertamanya aku ingin mengucap syukur ke hadrat ilahi kerana memberikan aku kehidupan yang aku kecapi hari ini
Alhamdulillah aku dan mr.A bertahan smpai ke hari ini..
Kali ni hubungan kami bertahan lama..
Dah setahun lebih..
Macam sekejap je tapi sebenarnya lama..
Untuk sampai ke tahap ni macam-macam yang perlu ditempuhi..
Bergaduh tu boleh dikatakan setiap hari..
Puncanya? Mestila bermula dari aku..huhu..
Tak tahu la sampai ke hari ni aku tak boleh ubah perangai aku yang satu tu..
Perangai cepat terasa, cepat nak marah..
Biasa la orang perempuan ni mudah melatah..
Dan mr.A tetap dengan sifat macho dan cool beliau..
Tetap tenang walau dimarahi dan didatangi dengn caci maki dari aku..
Sesekali naik juga darah dia melayan kerenah aku yang entah apa-apa ni..
Tapi marahnya tak lama dan dia bijak menangani kemarahan aku..
Alhamdulillah..dia sudah banyak berubah demi aku dan demi perhubungan kami..
Dia semakin faham perangai aku dan apa yang aku nak..
Boleh dikatakan hampir semua yang aku nak dia bagi..
Biarlah dia tak dapat mewahkan aku dengan harta benda tapi segala kasih sayang dan keprihatinan yang dia curahkan tu sudah cukup buat aku bahagia..
Terima kasih abg..
Kami dah banyak kuangkan masa bersama..
Berbicara dari hati ke hati tentang masa depan kami..
Alhamdulillah dia boleh terima teguran aku dengan baik..
Dan dari teguran tu dia cuba berubah..
Aku tidak mengharapkan dia berubah sepenuhnya untuk aku..
Tapi cukuplah dengan yang ada sekarang..
Tapi bila berbicara tentang perkahwinan aku tetap kecewa..
Kerana dia tetap tidak memberikan respon yang aku harapkan..
Memang belum tiba masanya..
Aku faham dia harus membina kerjaya yang stabil sebelum membina sebuah keluarga..
Anak sulung banyak tanggungjawab..hmm..
Setiap kali di ajak berkahwin dia hanya terdiam dan merenung jauh..
Memberi jawapan sekadar menyedapkan hati..
Jawapan yang aku boleh anggap srkadar main-main kerana tidak ingin menjawab pertanyaan aku..
Dan ternyata aku kecewa setiap ksli berbicara tentang itu..
Tapi aku tetap bersyukur..
Alhamdulillah..aku berdoa semoga perhubungan kami berpanjangan sehingga jinjang pelamin..
Aku ingin sentiasa berada di sampingnya dengan hubungan yang halal..
Menatap wajahnya sebelum pejamkan mata..
Dan bila bangun wajahnya yang pertama aku pandang..
Aku sangat menyintainya..
Aku bersyukur bertemu dengan insan sebaik dia..
Dan aku tinggalkan sejarah hitam kami di masa lalu..
Aku mahu melupakan semua itu..
Kerana kasih sayang yang kami bina sekarang amat kuat dan tak dapat dipisahkan lagi...
Alhamdulillah...




Wednesday, May 15, 2013

sy sgt terluka okey!!

Dear diary,

Hari ni 15/5/13 hari selasa..
Da setahun lebih aku dan mr.A kembali bersama..
Tapi sepanjang perhubungan ni dah berkali-kali aku mengalirkan air mata..
Seriously it sucks!!
Aku sendiri pun tak faham apa masalah kitorang sebenarnya..
Selalu je aku mara dia, tengking, dan maki dia.
Sebenarnya aku tak ada niat nak buat semua tu..
Tapi tak tahu kenapa ada je yang buat aku panas hati dan tak puas hati dengan dia..
Isu yang aku paling tak boleh blah adalah isu family dia..
Apa yang aku faham sekarang ni bila kita nak kawin dengan seseorang tu maknanya kita nak kawin dengan family dia juga..
Tapi yang aku sangat terasa bila dia bermati matian tak mahu kenalkan aku dengan family dia..
Apa yang aku faham orang laki ni bila dia tak bersedia dan tak yakin dengan pilihan dia memang tak akan bawak perempuan tu jumpa family..am I corret??
So maknanya dia memang tak mahu kenalkan aku dengan family dia..
Dan paling aku sakit hati bila aku mesej mak dia dengan panggilan 'mak'..
Aku tak rasa benda tu tak perlu diperbesarkan pun..
Walaupun tak suka tak perlu nak malukan aku macam tu sekali..
I dont know how to greet her..
I was teached to act that way..
That's show some respect as I  treat her as my mother in law to be..
Memang la kitorang belum kahwin lagi..
Tapi aku tak rasa benda tu salah pun..
Tolonglah..ni bukan masalah aku terlalu open ke ape..
Aku rasa tak ada salahnye pun nak panggil macam tu..
Even kalau kitorang tak jadi kahwin pun ia tetap tak salah..
Aku bukan nak samakan mak dia dengan mama aku..
Mereka memang langsung tak sama..
Mama aku seorang yang open tapi still titikberatkan pasal agama..
U know what its mean bila cakap macam tu..
Maknanya mama aku tak pandai didik aku la kan..
Im not too open..
Aku stilk praktikkan nilai agama dalam hidup aku..
My mum teach me well..
Ok aku mengaku memang aku ego..
Tapi aku nak marah pun ada tempatnya..
Bukan aku sengaja nak mencari salah orang..
Aku tahu family dia tak suka aku..
They didnt even try to make a relationship with me..
Sedangkan aku yang selama ni terhegeh2 nak dekat dengan family dia..
I just dont get it..
My family boleh terima dia seadanya..
Kenapa family dia tak boleh terima aku..
Aku memang tak boleh nak dekat dengan sape2 kalau awal2 dah tahu diorang tak suka aku..
Hell no!!
Dia masih belajar dan aku dah kerja..
Kalau nak ikutkan banyak sebab family aku holeh halang perhubungan kitorang..
Tapi takdepun mama marah..
Mama pernah cakap carilah yang lebih baik..
Tapi bila aku cakap yang aku takde pilihan lain mama terima..
Dan aku paling sedih tiap kali cakap pasal kahwin..
Memang aku teringin sangat nak kahwin..
Tapi aku tahu aku belum boleh kahwin dengan dia lagi..
Perjalanan aku masih jauh..
Walaupun dia dah kerja mungkin aku masih belum boleh jadi isteri dia..
Aku ajak kursus kahwin pun bagi banyak sangat alasan..
So apa yanga dia rasa aku patut fikir..
Alasan tak ada masa, asgmnt..bla3...bla3...
Wey aku yang kerja ni pun tak ada masa..
Tapi aku cuba cari masa demi kemudian hari..
Bila cakap macam tu dia cakap perempuan ni suka memaksa...
Dia pernah cakap macam tu..
So sekarang ni aku dah fikir..
Mungkin aku terpaksa tinggalkan dia dan fikirkan masa depan aku..
Aku dah korbankan duit dan masa aku utuk dia selama ni...
Kalau lah dia fikir semua tu...
Hmmmmmmmm............=(



Friday, January 25, 2013

hanya aku cinta kau seorang

Tahun 2013 sudah lama membuka tirainya..
Hari ini 25 januari....
Maknanya sudah hampir setahun aku berada di kuala lumpur...
April depan genaplah setahun aku menjalani hidup sebagai jururawat...
Emm...dalam tempoh ni dah macam-macam yang aku tempuhi..
Suka ada duka pun ada..
Well..orang cakap tak elok cerita kisah duka.so aku nak ingat yang elok-elok je..
Perkara yang terindah berlaku dalam hidup aku bila aku dan mr.A kembali bersama..
Bila pertama kali aku mengenali dia tak banyak yang aku tau pasal dia. Apa yang aku boleh cakap dia memang tak nampak macam seorang yang panas baran. Sentiasa bertutur dengan nada yang lembut yang boleh menggetarkan hati perempuan. Tak pernah marah-marah apetah lagi nak meninggikan suara. Memang betul la orang cakap bila dah sayang kita akan cakap yang baik je. Tapi sifat dia yang satu tu memang aku puji..
Apa yang aku boleh cerita pasal dia..emm dia tak hensem macam pakwe ku yang lain..hehe..
Tapi dia tetap punya satu daya tarikan tersendiri yang buat aku jatuh hati..I guess mungkin perwatakan dia yang gentleman dan caring yang buat hati aku cair..someone pernah tanya aku kenapa aku gila sangat kat dia sampai aku tinggalkan yang lain..
Seriously aku memang tak ada alasan kenapa aku tak boleh tinggal dia. Rasa sayang ni terlampau kuat..
Dah banyak kali aku cuba tinggalkan dia. Banyak kali minta break. Tapi bila dengar suara dan tatap mata dia aku tak sampai hati. Aku tak sanggup kehilangan dia..
Apa yang aku boleh cakap aku suka semuanya pasal dia...semuanya...
Perwatakan dia, ketinggian dia, mata dia, senyuman dia, tutur katanya..
I like the way he talk, the way he walk, the way he smile, the way he touch, the way he calm me....everything...
Betapa aku tak sanggup kehilangan semua tu..
Aku sentiasa berdoa dalam setiap solatku jodoh kami berpanjangan..
Aku ingin menjadi yang halal buatnya. Jadi suri hidupnya, siapkan makan pakainya dan lahirkan zuriat dari keturunannya...
Mr.A saya tak mahu yang lain..saya hanya mahu awak jadi suami saya..
Tolong bertahan dengan hubungan ni dan tolong sentiasa bersabar dengan tingkah laku saya...
Tak mahu kehilangan awak...♥♥