ini adalah blog bebas~

ini adalah blog bebas~
~chan <3 <3

Saturday, August 6, 2016

comeback: perkahwinan

Dear diary,

Dua tahun tidak menulis seakan sudah lupa kewujudan laman ini. Tempat aku mencurah rasa mengadu nasib..its called diversional therapy. Sebenarnya tahun-tahun kebelakangan ini lebih hebat dugaan aku hadapi. Ada gembira, ada duka.Kali terakhir menulis 2013 memang sudah lama. Mungkin kerana aku bahagia sampai tiada masa meratap nasib.

2014 aku masih bersama Mr.A pujaan hati. Insan tercinta yang banyak mengajar aku tentang hidup. Seperti kebiasaan memang setiap hari berjumpa. kalau sehari tidak berjumpa adalah menyeksa jiwa dan raga. Itu bagi aku, tidak pasti pula bagi dia. Berjumpa lepak di kedai mamak sehingga lewat malam, keluar makan, karaoke, tengok wayang memang rutin setiap minggu berganti minggu. Port Dickson juga menjadi destinasi utama percutian, banana boat, McD tepi laut, Corus, Starbucks, itu semua memori yang indah. Malah PD seakan rumah kedua. Setiap bulan memang akan bercuti dengan ditemani kawan-kawan dia. Indahnya bercinta. Yer ketika aku masih kaya.

Awal 2015, kami ambil keputusan untuk berkahwin walaupun dia masih belajar. Semua urusan kami selesaikan berdua sahaja. Awalnya menjadi masalah kerana abah sudah bercerai dengan mama dan amat sukar untuk didekati. Abah memang mengelak untuk berjumpa kami adik beradik. Januari aku tebalkan muka balik kampung bagitau mama aku nak kahwin. Terus pergi cari tok kadi dan ambil borang kahwin.

Aku pergi jumpa abah ditemani mama. Berkali-kali aku bagi salam tapi abah tetap tak jawab. Sedihnya aku hampir menangis tapi ku tahan. Selepas berapa lama tunggu aku nekad masuk ke rumahnya. Abah buat-buat menonton tv. Aku capai tangan abah untuk bersalam tapi abah tepis. Bercucuran air mata aku. Aku mitak maaf tapi abah sekadar memndang tv. Aku cakap aku nak kahwin tapi abah membisu. Aku capai lagi tangan abah, abah bingkas bangun dan keluar rumah. Degilnya abah. kami balik dengan hampa dan terus berjumpa tok imam dan cerita masalah kami. tok imam sedia membantu memujuk abah. Alhamdulillah dengan izin Allah tok imam berjaya mintak tanda tangan abah selaku wali.

6 Febuari kami disatukan dalam majlis serba sederhana. Alhamdulillah Mr.A selamat menjadi suami aku yang sah. Yer suami aku. Aku memang bersyukur. Hanya sekadar majlis akad nikah dan tahlil serta hantaran senaskhah Al-quran. Ditemani keluarga belah aku dan dia pula ditemani 2 sahabat. dan yer seorang pun ahli keluarganya tak hadir majlis kami. It is saddening but it is my big day what. Namun aku tetap gembira kerana mama dan adik beradik merestui perkahwinan ini. Sebenarnya mak mertua tidak tahu tentang perkahwinan ini. Apa sebabnya mungkin aku akan cerita lain kali. kalau diceritakan memang panjang. Tak lupa aku juga pernah burn duit deposit pelamin rm2000 gara-gara kami tak jadi kahwin pada mulanya.

Selepas kahwin kami menyewa di flat 10 tingkat 3 bilik di Pandan Indah yang serba sederhana dengan sewa rm1200 sebulan. Dia di semester akhir ijazah. Masih belum bekerja. Bukan mahu membangga tapi keseluruhan perbelanjaan rumah aku yang tanggung. Amat membebankan sebenarnya tapi itu pilihan aku. Tak sabar sangat nak kahwin. Takut melepas sebenarnya. Menyewa kongsi bayar bersama 2 kawan Mr.A. Setiap hari dia hantar dan ambil aku dari kerja.

Hidup bersama selepas kahwin amat membahagiakan. Dapat tengok wajah dia sebelum tidur dan bangun pun boleh tengok..hehehe.. Tapi makin lama aku makin tidak selesa menyewa bersama kawan lelaki. Aku suarakan hasrat aku untuk pindah. Tapi Mr.A tak mahu pindah sebab kami belum mampu. Aku menyampah sebenarnya dengan kawan dia sebab tidak bekerja. Bila aku balik kerja dia sentiasa terbujur tidur di ruang tamu. Amat merimaskan kerana pergerakan dan aurat aku terbatas.

Julai 2015 aku disahkan hamil. Alhamdulillah allah makbulkan doa aku. Usaha kami untuk mengandung berhasil. Di awal kahwin lagi sebenarnya aku terlalu inginkan anak. Jeles sebenarnya tengok kawan-kawan dah mengandung dan ada anak. Rezeki kami bulan ramadhan setelah 5 bulan kahwin. Balik raya puasa aku tak ingat tarikhnya tak sedar rupanya sudah mengandung. Aku makan nenas dan angkat barang-barang berat.nasib tak jadi pape. Tambahan raya ke 4 majlis kahwin kami dan adik lelaki aku diadakan serentak. 

Dah mengandung Allah makbulkan 1 lagi doa aku. Akhirnya kami pindah ke rumah baru ketika mengandung 3 bulan. Dengan berbekalkan duit yang aku keluarkan dari kwsp dapatla bayar deposit rm3300 untuk flat tingkat 4. Memang mahal sewa rm1000 sebulan tapi itu yang paling murah yang kami dapat. Suami dah habis belajar ketika ini tapi masih belum kerja. Di situ bermula lah suka duka hidup yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.


No comments:

Post a Comment