ini adalah blog bebas~

ini adalah blog bebas~
~chan <3 <3

Wednesday, August 17, 2016

debaran tunggu kelahiran

Sebenarnya aku sangat sedih nak ceritakan tentang anak syurga kami. Tapi kita tak boleh lari dari kenyataan dan menidakkan kuasa Allah. Allah dah rancang sebaiknya. Tapi tipulah kalau aku cakap aku tak rasa kesal dan kecewa.

Masa awal kandungan kami dah beria-ia cari nama baby. Masa tu kami dah sediakan 2 nama 1 untuk baby girl 1 untuk boy. Naluri aku kuat mengatakan baby first ni perempuan. Tapi aku tahu Mr.A nak anak lelaki. Aku pun sama memang nak yang 1st boy. Bila orang tanya cepat-cepat dia jawab boy. Tapi hati lagi kuat cakap girl.

Masa 5 bulan pegi scan 2x doktor cakap girl. Aku pun dah yakin masa tu. Mr.A pun cakap ok la terima jer dan berdoa asal sihat dan cukup sifat. Walaupun doktor dah cakap girl kami masih was-was sebenarnya. Takut-takut keluar boy sebab banyak jadi kes sebelum ni. Barang baby ak bli kaler yang selamat la. kuar shopping hati menjerit-jerit nak barang kaler pink. Suami gelak jer.

Sepanjang mengandung aku memang takde masalah kencing ke gula ke darah tinggi ke. Memang everything is perfect. Baby pun aktif sangat sampai senget perut aku dibuatnya. Nak duduk tegak memang tak boleh sebab aku pendek dan baby terlalu besar untuk aku 3.4kg masa tu anggaran. Memang aku takde penat dah bila hujung-hujung tu. Memang bersedia dah nak ada baby.

Dah nak dekat due aku asyik mimpi aku bersalin dan nyusukan baby. Memang banyak kali aku mimpi benda yang sama. Dalam mimpi tu aku cium-cium belai-belai baby. Pastu sonok susukan dia. Aku bangun memang rasa takut tambahan tengah tunggu hari. Aku cerita kat suami. Orang kata kalau kita mimpi kita dapat sesuatu or jumpa orang kita takkan dapat benda tu. Tapi suami senyum dan cakap mengarut.

Hari berganti hari tak jugak aku bersalin. Dah naik turun tangga, berjalan kat taman still takde tanda. Aku plak dapat transfer ke Hospital lain masa tu. Masih dipaksa bekerja walaupun dah overdue..


Monday, August 8, 2016

hamil anak pertama

Berita kehamilan sangat buat aku happy. Walaupun tak menunggu lama untuk mengandung tapi aku ni jenis orang tak sabar.Hahaha. Aku bersyukur sangat. Aku dapat detect mengandung awal sebenarnya seawal 4 minggu. Pada mulanya sekadar bergurau. Pada hari raya pertama 2015 beraya di kl dengan suami. Teringin nak makan asam laksa.

Dengan berbaju raya lepak di Old Town. Bila dah sampai aku cakap kat suami banyaknya nenas. Tanak makan la manatau mengandung. Tapi habis cakap aku terus ngap. Tanpa fikir apa-apa makan sampai habis.

Balik kampung raya ke 4. Selepas kenduri pergi berjalan rumah kawan seberang jalan terliur betul tengok buah mangga depan rumah dia. Suami dia tolong ambilkan. 10 biji habis aku makan. Tak syak pape pun sebab aku memang gila mangga. Esoknya pergi lagi dan makan 10 biji lagi. Selalu aku tak tahan ngilu. Tapi taktau nape boleh habis..huhu

Oh sebelum raya tu Mr.A ada bercerita tak pasti cerita apa. Tapi aku sungguh-sungguh menangis. Tak sedar diri jadi sensitif betul. Itulah tanda paling awal aku mengandung yang aku tak sedar sebelumnya.

Sambung cerita aku lepas kenduri tu, aku teringat aku belum period untuk bulan 7. Aku memang gigih guna apps calendar kat handphone sebab memang niat untuk TTC. Sebenarnya baru lewat 4 hari tapi macam suspen jugak la. Nak happy ada berdebar pun ada. Tapi mengharap la kan. Then mintak kit UPT nan akak aku yang sulung nak check sebab memang dah suspek betul-betul lekat.

Alhamdulillah bila check 2 line timbul. Aku sangat happy terus bagitau Mr.A. Masa tu dia dah selamat balik rumah mertua sebab nak cover line memandangkan mertua belum tahu kami dah kahwin on february. So cerita dalam phone jelah. Tak nampak pun dia excited masa tu sebab tak gitau depan-depan.

Aku bagi hint kat mama da pregnant petang tu. Cakap kat mama belum datang bulan. Tapi mama jawab baik makan ubat cepat-cepat kalau tak bersedia sebab suami masih belum kerja. Aku diam jer. Aku memang niat nak baby ni. Aku tau mama risau dengan keadaan ekonomi kami yang belum stabil tapi dah nak dapat anak. Aku diamkan jer sampai bali kl dan tunggu sampai kandungan 3 bulan. Masa tu mama call tanya jadi ke pregnant baru aku jawab yer dan gitau da 3 bulan. Mama ok jer. Aku mula cerita kat kakak-kakak pasal aku mengandung masa nak masuk 4 bulan.

Dari awal kehamilan aku takde sebarang alahan. Apa yang dapat aku katakan anak ni takde bagi aku sebarang masalah pun selama kandungkan dia. Takde mengidam pelik-pelik. Cuma rasa letih dan makan tak berhenti-henti. Dalam sehari 4x makan nasi. Selama kandungkan dia memang bahagia. Aku dah takde marah-marah suami rasanya. Dah takde gaduh. Memang rasa kandungan ni satu kebaikan buat kami.

Pergi kerja pun takde masalah. BUlan 10 2015 suami mula kerja lepas aku lecture dia cukup-cukup. Masa 2 aku terpaksa pergi kerja naik lrt sebab suami kerja shif so dah tak dapat hantar dan ambil macam selalu. Setiap hari rutin sama pergi dan balik kerja naik lrt dan malam baru ada masa bersama. Aku ni jenis excited lebih masa perut belum nampak kalut duk tanya nampak gemuk ke tak, nampak macam pregnant ke tak. Suami senyum jer.

Pergi TCA suami akan hantar aku dan akan terus pergi kerja. So aku akan balik sendiri naik teksi. Aku tak rasa sedih pun check up seorang diri sebab memang lama kene tunggu. Suami pun kene kerja. Tapi memang ada keinginan nak suami teman tu. Tapi takde masa sebenarnya. Aku tak kisah pun.

Masuk bulan ke 6 perut da makin besar. So da tak larat naik lrt. Terpaksa la suami hantar dan ambil dari kerja balik. Masa tu suami ada masalah kat tempat kerja sebab orang tak bayar gaji. DUgaan la kejap asyik takde duit jer. Kandungan sihat dan aktif. Walaupun makan tak tentu masa. SYUKur anak aku memang kuat sebenarnya.

Bulan berganti, 7 bulan, 8 bulan. Dah 8 bulan tu rasa makin takut dan berdebar. Baju baby pon dah start beli, alatan mandi, pampers, kain lampin semua. Akak pun dah bagi banyak baju baby sebenarnya dengan tilam sekali. Makin tak larat nak pergi kerja. Kerja pun malas-malas la. Maklum la kerja nurse banyak berjalan.

Pastu tiba la dugaan aku yang pertama sebab kandungan besar sangat dah start tekan saraf sciatic aku kat paha sampai tak boleh jalan. Nak pusing kiri kanan pun sakit. Nak bangun seksanya. Memang menangis la kalau kene ni. Masa tu Mr.A layan macam princess la.Nak gerak pun dia dukung. Masuk toilet, masuk bilik. Even nak kencing pun tak boleh tunduk bukak seluar sendiri. Mr.A la yang tolong sampai aku ok.

Dan hari-hari pun berlalu menunggu saat kelahiran bayi yang kami tunggu-tunggu...






Saturday, August 6, 2016

comeback: perkahwinan

Dear diary,

Dua tahun tidak menulis seakan sudah lupa kewujudan laman ini. Tempat aku mencurah rasa mengadu nasib..its called diversional therapy. Sebenarnya tahun-tahun kebelakangan ini lebih hebat dugaan aku hadapi. Ada gembira, ada duka.Kali terakhir menulis 2013 memang sudah lama. Mungkin kerana aku bahagia sampai tiada masa meratap nasib.

2014 aku masih bersama Mr.A pujaan hati. Insan tercinta yang banyak mengajar aku tentang hidup. Seperti kebiasaan memang setiap hari berjumpa. kalau sehari tidak berjumpa adalah menyeksa jiwa dan raga. Itu bagi aku, tidak pasti pula bagi dia. Berjumpa lepak di kedai mamak sehingga lewat malam, keluar makan, karaoke, tengok wayang memang rutin setiap minggu berganti minggu. Port Dickson juga menjadi destinasi utama percutian, banana boat, McD tepi laut, Corus, Starbucks, itu semua memori yang indah. Malah PD seakan rumah kedua. Setiap bulan memang akan bercuti dengan ditemani kawan-kawan dia. Indahnya bercinta. Yer ketika aku masih kaya.

Awal 2015, kami ambil keputusan untuk berkahwin walaupun dia masih belajar. Semua urusan kami selesaikan berdua sahaja. Awalnya menjadi masalah kerana abah sudah bercerai dengan mama dan amat sukar untuk didekati. Abah memang mengelak untuk berjumpa kami adik beradik. Januari aku tebalkan muka balik kampung bagitau mama aku nak kahwin. Terus pergi cari tok kadi dan ambil borang kahwin.

Aku pergi jumpa abah ditemani mama. Berkali-kali aku bagi salam tapi abah tetap tak jawab. Sedihnya aku hampir menangis tapi ku tahan. Selepas berapa lama tunggu aku nekad masuk ke rumahnya. Abah buat-buat menonton tv. Aku capai tangan abah untuk bersalam tapi abah tepis. Bercucuran air mata aku. Aku mitak maaf tapi abah sekadar memndang tv. Aku cakap aku nak kahwin tapi abah membisu. Aku capai lagi tangan abah, abah bingkas bangun dan keluar rumah. Degilnya abah. kami balik dengan hampa dan terus berjumpa tok imam dan cerita masalah kami. tok imam sedia membantu memujuk abah. Alhamdulillah dengan izin Allah tok imam berjaya mintak tanda tangan abah selaku wali.

6 Febuari kami disatukan dalam majlis serba sederhana. Alhamdulillah Mr.A selamat menjadi suami aku yang sah. Yer suami aku. Aku memang bersyukur. Hanya sekadar majlis akad nikah dan tahlil serta hantaran senaskhah Al-quran. Ditemani keluarga belah aku dan dia pula ditemani 2 sahabat. dan yer seorang pun ahli keluarganya tak hadir majlis kami. It is saddening but it is my big day what. Namun aku tetap gembira kerana mama dan adik beradik merestui perkahwinan ini. Sebenarnya mak mertua tidak tahu tentang perkahwinan ini. Apa sebabnya mungkin aku akan cerita lain kali. kalau diceritakan memang panjang. Tak lupa aku juga pernah burn duit deposit pelamin rm2000 gara-gara kami tak jadi kahwin pada mulanya.

Selepas kahwin kami menyewa di flat 10 tingkat 3 bilik di Pandan Indah yang serba sederhana dengan sewa rm1200 sebulan. Dia di semester akhir ijazah. Masih belum bekerja. Bukan mahu membangga tapi keseluruhan perbelanjaan rumah aku yang tanggung. Amat membebankan sebenarnya tapi itu pilihan aku. Tak sabar sangat nak kahwin. Takut melepas sebenarnya. Menyewa kongsi bayar bersama 2 kawan Mr.A. Setiap hari dia hantar dan ambil aku dari kerja.

Hidup bersama selepas kahwin amat membahagiakan. Dapat tengok wajah dia sebelum tidur dan bangun pun boleh tengok..hehehe.. Tapi makin lama aku makin tidak selesa menyewa bersama kawan lelaki. Aku suarakan hasrat aku untuk pindah. Tapi Mr.A tak mahu pindah sebab kami belum mampu. Aku menyampah sebenarnya dengan kawan dia sebab tidak bekerja. Bila aku balik kerja dia sentiasa terbujur tidur di ruang tamu. Amat merimaskan kerana pergerakan dan aurat aku terbatas.

Julai 2015 aku disahkan hamil. Alhamdulillah allah makbulkan doa aku. Usaha kami untuk mengandung berhasil. Di awal kahwin lagi sebenarnya aku terlalu inginkan anak. Jeles sebenarnya tengok kawan-kawan dah mengandung dan ada anak. Rezeki kami bulan ramadhan setelah 5 bulan kahwin. Balik raya puasa aku tak ingat tarikhnya tak sedar rupanya sudah mengandung. Aku makan nenas dan angkat barang-barang berat.nasib tak jadi pape. Tambahan raya ke 4 majlis kahwin kami dan adik lelaki aku diadakan serentak. 

Dah mengandung Allah makbulkan 1 lagi doa aku. Akhirnya kami pindah ke rumah baru ketika mengandung 3 bulan. Dengan berbekalkan duit yang aku keluarkan dari kwsp dapatla bayar deposit rm3300 untuk flat tingkat 4. Memang mahal sewa rm1000 sebulan tapi itu yang paling murah yang kami dapat. Suami dah habis belajar ketika ini tapi masih belum kerja. Di situ bermula lah suka duka hidup yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.


kerja kahwin

Patutnya aku da lama update draft ni. sebenarnya nak cerita yang kami dah kursus kahwin dan tengah buat persiapan kahwin. tah macam mana aku lupa nak update balik..hahaha..pegi sana sini dah selesai sume..