ini adalah blog bebas~

ini adalah blog bebas~
~chan <3 <3

Friday, January 25, 2013

hanya aku cinta kau seorang

Tahun 2013 sudah lama membuka tirainya..
Hari ini 25 januari....
Maknanya sudah hampir setahun aku berada di kuala lumpur...
April depan genaplah setahun aku menjalani hidup sebagai jururawat...
Emm...dalam tempoh ni dah macam-macam yang aku tempuhi..
Suka ada duka pun ada..
Well..orang cakap tak elok cerita kisah duka.so aku nak ingat yang elok-elok je..
Perkara yang terindah berlaku dalam hidup aku bila aku dan mr.A kembali bersama..
Bila pertama kali aku mengenali dia tak banyak yang aku tau pasal dia. Apa yang aku boleh cakap dia memang tak nampak macam seorang yang panas baran. Sentiasa bertutur dengan nada yang lembut yang boleh menggetarkan hati perempuan. Tak pernah marah-marah apetah lagi nak meninggikan suara. Memang betul la orang cakap bila dah sayang kita akan cakap yang baik je. Tapi sifat dia yang satu tu memang aku puji..
Apa yang aku boleh cerita pasal dia..emm dia tak hensem macam pakwe ku yang lain..hehe..
Tapi dia tetap punya satu daya tarikan tersendiri yang buat aku jatuh hati..I guess mungkin perwatakan dia yang gentleman dan caring yang buat hati aku cair..someone pernah tanya aku kenapa aku gila sangat kat dia sampai aku tinggalkan yang lain..
Seriously aku memang tak ada alasan kenapa aku tak boleh tinggal dia. Rasa sayang ni terlampau kuat..
Dah banyak kali aku cuba tinggalkan dia. Banyak kali minta break. Tapi bila dengar suara dan tatap mata dia aku tak sampai hati. Aku tak sanggup kehilangan dia..
Apa yang aku boleh cakap aku suka semuanya pasal dia...semuanya...
Perwatakan dia, ketinggian dia, mata dia, senyuman dia, tutur katanya..
I like the way he talk, the way he walk, the way he smile, the way he touch, the way he calm me....everything...
Betapa aku tak sanggup kehilangan semua tu..
Aku sentiasa berdoa dalam setiap solatku jodoh kami berpanjangan..
Aku ingin menjadi yang halal buatnya. Jadi suri hidupnya, siapkan makan pakainya dan lahirkan zuriat dari keturunannya...
Mr.A saya tak mahu yang lain..saya hanya mahu awak jadi suami saya..
Tolong bertahan dengan hubungan ni dan tolong sentiasa bersabar dengan tingkah laku saya...
Tak mahu kehilangan awak...♥♥