ini adalah blog bebas~

ini adalah blog bebas~
~chan <3 <3

Friday, March 18, 2011

hadiah tengah malam

Angin malam sepoi-sepoi bahasa.. Jam di meja dilihat sejenak. Jarum jam menginjak ke angka 1pagi. Langit gelap tanpa cahaya rembulan. Tiada satu pun bintang di dada langit. Mungkin hari nak hujan, dia bermonolog sendiri. Angin sejuk menerpa sebatang tubuh halus. Hatinya tidak tenteram. Terasa ada suatu yang tidak enak akan menimpa dirinya...


Ada garis gusar di wajah gadis montel itu. Kedatangan pesanan sms sebentar tadi seakan meninggalkan impak besar pada dirinya. Sms itulah yang di nantikan sejak sekian lama. Tapi kehadiran sms itu seakan meragut ketenangan jiwa.


"kalo ada sorg laki da sdar silap dye n nk blk kat gurl yg dye sakitkan ati,rasa2 gurl 2 trima blk x?"


Sms sebentar tadi di tatap lama. Diam. Jantung berdegup kencang seakan-akan baru sahaja manamatkan larian pecut 400m. Manik-manik peluh mulai menitis.


Terasa sabak di dalam dada. Telefon bimbit di ramas-ramas seakan-akan tidak percaya setelah sekian lama orang yang ingin dilupakan selama ini mengirim sms yang menyentap hati nuraninya. Debar di dada kian memuncak. Sedaya upaya menahan air mata dari menitis dari kelopak mata.


Rakan sebilik dipandang sekilas. Bimbang kekalutannya di perhatikan. Matanya berkaca-kaca..


Ya Allah!! Beginikah dugaanmu terhadapku. Ia beristighfar perlahan-lahan di dalam hati. Kenapa mesti di saat ini dia datang lagi?


Perasaan serba salah mulai timbul. Ingin dibalas sms tadi tapi bimbang akan menambahkan kekusutan jiwa. Kenapa perlu dia muncul lagi? Adakah dia sengaja ingin meragut ketengan jiwa ini?Adakah dia sedang bosan lalu mengganggu diri ini?
Bertalu-talu pertanyaan muncul di benak fikirannya.


"agak-agak bley time ke?"sms tadi dibalas.


Bodoh! Getus hatinya. Kenapa mesti di balas sms keparat itu. Si gadis memaki hamun diri sendiri menyesali tindakan bodoh sebentar tadi. Tapi aku rindu dia. Air mata menitis di hujung mata. Ah! Aku tersangat merinduinya. Sungguh-sungguh hati ini tidak kuat.


tit...tit... Satu lagi sms muncul di skrin.

"ntah mayb ati gurl 2 da brubah..tp boy 2 x pnah happy ngan gurl dye skang..dye tpaksa sbb termakan budi."


Gila!! Sila beritahu semua ini pada orang lain. Nampak sangat dia sengaja memancing hati yang sudah terluka. Mungkin sudah bosan dengan kekasih barunya. Diam. Skrin telefon ditatap lama. Tidak tahu apa yang harus dijawab. Sungguh-sungguh ketenangan jiwanya diragut malam itu.


tit.....tit......
"hmm..xpela..papepun..boy 2 tatap syg gurl 2..nitez."


Argghhh......."jgn ckp psl syg kalo awk xtau pe erti syg.ati sy x pnah brubah wpun awk da ubah sluruh idop sy..mybe awk xtau cmne awk da seksa jiwa sy..sy sorg yg tgung". Si gadis membalas lagi.


"kalo ckp rndu pcaya?"


Si gadis menyumpah di dalam hati. Bodoh!! Ingat senang-senang aku nak percaya. Perkataan rindu itu tidak bererti lagi. Memang aku rindu. Tapi ucapan sebentar tadi memang memualkan. Padahal sudah lama si gadis mengharapkan En.A menghubunginya.


Bagus!! Hadiah tengah malam ini akan mengubah hidup si gadis pada esok hari.


Dan kenangan lalu kini terimbau lagi. Saat indah masih bersama menari-nari di ruang mata ibarat persembahan multimedia. Rasa rindu yang teramat kini menyeksa diri. Gambar-gambar bersama En.A ditilik-tilik. Terasa sayang untuk dipadam dari memori.


Lalau en.pakwe tahu mesti dia sakit hati. Maafkan aku kerana masih tidak dapat melupakannya!!




Si gadis memandang jauh ke luar jendela dengan jiwa berserabut. Bagaimana dengan hari esok?? Kuatkah aku??


Tiada siapa yang tahu............


Dan malam itu si gadis tidur sambil memikirkan sms-sms yang di terima tangah malam itu...






Sungguh, itu adalah hadiah tengah malam yang tidak dijangka. Cukup untuk menggetarkan hati perempuannya yang rapuh.............







No comments:

Post a Comment